“Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Daud kurnia dari Kami. Kami berfirman: Hai gunung-gunung dan burung-burung bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud, dan Kami telah melunakkan besi untuknya, iaitu buatlah baju besi yang besar-besar dan tepat ukurannya dan kerjakanlah amalan yang soleh, Sesungguhnya Aku melihat apa-apa yang kamu kerjakan”.
Terjemahan: Surah Saba’ ayat (10-11)
Maha besar ALLAH, yang telah menjadikan sekelian alam ini. Setiap kejadian Allah saling memberi manafaat dan mendatangkan kebaikan antara satu sama lain. Beruntunglah orang-orang yang berusaha dan berbahagialah dunia akhirat orang- orang yang mengusahakannya dengan taqwa kerana Allah memberi jaminan membela orang-orang yang bertaqwa. Firman Allah:
“Allah menjadi pembela bagi orang-orang bertaqwa” (Al Jasiyah:19)
“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, Allah akan permudahkan segala urusannya” (At Thalaq: 4)
“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, Allah akan permudahkan segala urusannya” (At Thalaq: 4)
Allah menciptakan bumi dan segala hasil galian yang menjadi kekayaan pada bumi seperti emas, perak, besi, tembaga, minyak untuk memberi pelbagai kebaikan kepada manusia. Hasil galian ciptaan Allah ini diusahakan untuk manusia mensyukuri nikmat Tuhan kerana memberi kekayaan kepada manusia. Manusia yang bertaqwa adalah insan yang sentiasa bersyukur kepada Allah dalam nikmat mahupun ujian.
Kata Abuya :
Kata Abuya :
“Sungguh indah perbuatan Tuhan kepada orang bertaqwa, susah, senang, miskin dan kaya, sakit dan sihat, ada nilainya di sisi Tuhan, kerana itulah orang yang bertaqwa di dalam keadaan apa pun dia tenang sahaja” (Taqwa Menurut Ustaz Haji Ashaari Muhammad, m/s 103)
Industri perlombongan wujud sejak zaman Nabi Daud. Allah Yang Maha Berkuasa telah mengajar Nabi Daud kaedah mencairkan / melembutkan besi untuk membuat baju besi seperti yang di sebut dalam surah Saba’ ayat 10-11. Ramai yang berpendapat tafsiran ayat ” dan Kami telah melunakkan besi untuknya“, adalah Nabi Daud as telah menemukan cara untuk melunakkan besi melalui kaedah meleburkannya dengan api sehingga besi yang keras dapat dibentuk sesuai dengan keinginannya.
Ayat 10-11 dalam Surah As. Saba’ ini menunjukkan industri perlombongan Islam telah diwahyukan kepada manusia paling bertaqwa di zamannya iaitu Nabi Daud as itu sendiri. Allah telah menganugerahkan mukjizat kepada Nabi Daud as bukan sahaja mampu mencairkan besi bahkan dapat membentuk besi tersebut menjadi baju (pakaian perang). Hasil taqwa dan melakukan amalan soleh, Allah memberi kemenangan kepada Nabi Daud.
Ternyata industri ini sangat memberi manfaat kepada manusia. Allah memberi peluang kepada manusia melalui usaha cari gali hasil bumi ciptaan Allah untuk:
a) Memburu taqwa dan melakukan amalan soleh,
b) Mengusahakan kekayaan material, supaya dengan harta kekayaan tersebut manusia dapat menginfakkan harta ke jalan Allah dengan melakukan pelbagai zakah, sedekah dan kebajikan.
c) Manusia dapat rezki yang halal dengan mendapat peluang pekerjaan.
d) Industri perlombongan ini juga dapat memberi kekayaan kepada Islam dan dapat membangunkan bandar-bandar Islam, kilang-kilang dan pelbagai projek Islam.
Di Sabah, Industri perlombongn mula pesat pada tahun 1975 di daerah Mamut. Mamut terletak di utara Ranau. Di sini kegiatan melombong tembaga dijalankan, melalui kaedah lombong terdedah. Pada tahun 1975, hasil pengeluaran lombong sebanyak 21,613.8 metrik tan dengan nilaian RM11.5 juta telah dieksport ke luar negara. Adalah dianggarkan kira-kira 122,400 metrik tan pati tembaga (copper concentrates) akan dikeluarkan pada setiap tahun oleh lombong ini.

Tembaga amat berguna dan sangat sesuai membuat barang-barang eletrik. Usaha-usaha untuk melombong di kawasan ini telah dikendalikan oleh satu penggabungan syarikat antara Jepun dan Malaysia. Pada akhir tahun 1975,jumlah pekerja lombong ini seramai 1,191 orang.
Namun apabila Tuhan diketepikan untuk memburu dunia maka manusia akan kerugian. Di dunia Allah tarik nikmat kekayaan, di akhirat boleh jadi bahan bakar neraka (wal’iyahzubillah) Nasib lombong di Mamut dirundung malang. Pada akhir tahun 90-an lombong ini terpaksa ditutup akibat kerakusan manusia memburu dunia hingga melupakan Tuhan Yang Maha Pencipta.
Industri tembaga di Mamut terpaksa di tutup kesan kejadian :-
a) Berlaku limpahan air bercampur tembaga mengalir ke sawah, merosakkan tanaman dan membunuh haiwan peliharaan dan berhektar-hektar tanah rosak.
b) Akibat pencemaran dari lombong ini, ramai petani yang kehilangan kebun dan rumah.
c) Lombong ini akhirnya muflis kerana terpaksa membayar pampasan yang banyak kepada penduduk terlibat.

Manusia sering tersilap dalam menghargai pemberian Tuhan, hasil kekayaan yang Allah beri menyebabkan manusia menjadi rakus dan tamak sehingga dunia hilang kasih sayang. Manusia sangat menjaga ciptaan Allah tapi mereka melupakan Yang Maha Pencipta. Sanggup berbunuhan hatta dengan keluarga sendiri. Harta hanya mengkayakan individu, ini lah dunia yang memperdayakan manusia sejak berzaman lagi.
Abuya sangat mengajak manusia kepada mencintai Allah dan Rasul. Dapat cinta Allah dapat segalanya. Harta benda hanyalah menipu daya dan menjauhkan kita daripada Allah dan melalaikan manusia. Bilamana kerja-kerja yang dilakukan dan diusahakan tidak bersama Allah, tidak mengamalkan syariat Allah dan tidak bersyukur bahkan tamak dan mementingkan diri, maka harta benda yang dianugerahkan itu akan memakan diri kita dan sangat menyusahkan bukan sahaja kita bahkan orang sekeliling kita.
Tamak, ingin menguasai kekayaan sendirian, perebutan bahkan peperangan berlaku akibat tidak ada Tuhan di hati, harta kekayaan telah menjadi Tuhan. Manusia tidak lagi memburu taqwa melalui kekayaan yang Allah anugerahkan sebaliknya kekayaan sudah menjadi mala petaka yang menimpa manusia. Menyusahkan kehidupan di dunia lebih-lebih lagi di akhirat kelak.
Dunia menjadi huru-hara, kerana manusia bertuhankan nafsu dan dunia yang menipu daya. Setiap hati mahukan keselamatan dan kemakmuran dalam kehidupan.
Dunia sebenarnya sedang menunggu pemimpin yang dijanjikan Allah untuk mengembalikan keselamatan dan kemakmuran. Kekayaan yang Allah beri disyukuri, masing-masing saling membela, berlumba untuk membantu sesama sendiri. Kekayaan dan nikmat dikongsi bersama. Ujian dan kesusahan ditangani bersama. Lahirlah masyarakat yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah.

0 ulasan:
Catat Ulasan
Maklumat lanjut:
Matrik Utama Sdn Bhd,
Tel: +603 2116 9621
Fax: +603 2116 5999
SMS/Whatapps: +6011 3939 1800
Email: info@matrikutama.my
Web: http://matrikutama.my
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.