Pengarah Urusannya, Razali Raja Jamaluddin berkata, Long Burger yakin dapat mengembangkan perniagaan dengan lebih cepat menerusi sistem francais.
“Kami amat menggalakkan anak muda tempatan dan sesiapa yang berminat menceburi bidang ini untuk menghubungi kami menerusi perniagaan francais di bawah jenama Long Burger.
“Menerusi francais Long Burger, kami akan membantu mereka dengan menyediakan sebuah gerai burger di kawasan strategik,” katanya yang sudah menjalankan perniagaan itu sejak lima tahun lalu.
Menurutnya, Long Burger kini sudah mempunyai 50 gerai di Johor Bahru dan Melaka selepas tiga tahun mendapat lesen francais.
Katanya, menerusi perniagaan francais, peniaga akan dibekalkan sebuah kelengkapan dan peralatan, gerai, 12 jenis menu burger termasuk kentang goreng, wedges dan nuget serta latihan dengan modal RM15,000.
“Kelainan gerai kami adalah kerana menawarkan pelbagai menu burger eksotik antaranya burger arnab, rusa, kambing dan burung unta selain lembu dan ayam. Manakala, terdapat juga empat burger istimewa iaitu burger ole, euro, samba dan vivo.
“Empat burger itu menggunakan mayonis yang dicipta khas untuk jenama Long Burger dan tidak didapati di kedai makanan segera sedia ada,” katanya yang mempunyai pengalaman dalam bidang itu selama 27 tahun.






0 ulasan:
Catat Ulasan
Maklumat lanjut:
Matrik Utama Sdn Bhd,
Tel: +603 2116 9621
Fax: +603 2116 5999
SMS/Whatapps: +6011 3939 1800
Email: info@matrikutama.my
Web: http://matrikutama.my
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.