20120419

Kepatuhan Syariah Dalam Perniagaan


Kepatuhan syariah dalam mencari sumber rezeki yang halal amat dititik beratkan bagi mereka yang beragama Islam. Ini tidak dapat dinafikan berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w:
Menuntut (mencari) yang HALAL adalah wajib ke atas setiap orang Islam.
Riwayat Imam ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus dari Anas r.a.. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini darjatnya hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5270
Mana-mana hamba yang tumbuh/membesar daging badannya dari makanan yang haram dan riba, maka api neraka lebih utama baginya.
Riwayat al-Hafidz Ibnu Mardawaih dari ‘Atak dari Ibnu ‘Abbas r.a.
Walaubagaimanapun sebagai orang Islam, kita sedia maklum dan jelas apa itu sumber rezeki yang halal dan apa itu sumber rezeki yang haram, tetapi dalam banyak keadaan kita terlepas pandang dan mungkin tidak mengetahui sama ada adakah sumber rezeki yang kita perolehi itu halal, haram atau mungkin jatuh dalam kategori syubhah. Adalah lebih baik sekiranya kita juga dapat menjauhi perkara yang samar-samar atau syubhah dalam mencari rezeki seperti mana hadith Rasulullah s.a.w:
Yang halal itu sudah jelas dan yang haram pun sudah jelas; dan di antara keduanya ada hal-hal yang musytabihat (syubhat, samar-samar, tidak jelas halal haramnya), kebanyakan manusia tidak mengetahui hukumnya. Barangsiapa hati-hati dari perkara syubhat, sungguh ia telah menyelamatkan agama dan harga dirinya.
H.R. Muslim
Sehubungan dengan itu, umat islam perlulah prihatin tentang kepentingan halal dan haram dalam usaha mencari sumber pendapatan kerana ini akan menjamin keberkatan rezeki yang diperolehi dan paling penting mendapat keredhaan Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t di dalam al-Quran:
Hai sekalian manusia! Makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.
Al-Baqarah: 168
Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu; dan syukurilah nikmat Allah jika kamu hanya kepada-Nya saja menyembah.
An-Nahl: 114
Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya.
Al-Maidah: 88
Dalil firman Allah s.w.t. di atas jelas menunjukkan kewajipan dalam mencari sumber rezeki yang halal.
Mungkin kita pernah terfikir, bagaimanakah untuk membezakan perkara itu halal atau haram kerana kita sendiri pun tidak mempunyi ilmu yang mendalam bidang ini. Untuk itu, ada jalan keluar untuk kita seperti mana firman Allah s.w.t. dalam al-Quran:
Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.
an-Nahl [16] : 43
Ayat di atas jelas menunjukkan kita perlulah bertanya kepada mereka yang pakar dalam bidang ini sekiranya kita ragu-ragu dan tidak mengetahui hukumnya. Di Malaysia telah wujud kesedaran dan kepentingan halal haram dalam kehidupan kita dan telah wujud juga badan-badan yang berwajib untuk memantau dan memberikan panduan kepada orang awam tentang status halal haram sesuatu perkara sebagai contoh panduan Halal JAKIM dan sijil kepatuhan syariah untuk sistem perbankan islam di Malaysia. Ini sudah memadai untuk orang awam mengikut tanpa soal kerana mereka telah bertanggungjawab dan mengesahkan status kepatuhan syariah dan halal haram sesuatu perkara.
Tidak terikat juga dalam bidang makanan dan perbankan, malah kebanyakan syarikat juga telah mula menyedari kepentingan kepatuhan syariah dalam urusan perniagaan mereka seperti dalam bidang perhotelan, komunikasi dan berbagai-bagai jenis perniagaan lain termasuk juga sesetengah syarikat perniagaan jualan lansung seperti KenshidoInternational berteraskan produk Score A Programme telah mendapat sijil kepatuhan syariah dari segi produk, dan pelan pemasarannya.
Dengan wujudnya kesedaran seperti ini, maka lebih mudah kita sebagai orang awam membezakan yang mana satu halal atau patuh syariah dan yang mana satu haram atau syubhah sebagai panduan kita mencari rezeki. Tahniah kepada syarikat yang telah mula sedar tentang kepentingan kepatuhan syariah dan ini secara tidak lansung memudah kita membuat pilihan dalam mencari sumber rezeki yang halal.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Maklumat lanjut:
Matrik Utama Sdn Bhd,
Tel: +603 2116 9621
Fax: +603 2116 5999
SMS/Whatapps: +6011 3939 1800
Email: info@matrikutama.my
Web: http://matrikutama.my

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.