Featured Article
Memaparkan catatan dengan label Kemudahan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kemudahan. Papar semua catatan

20120418

28 peniaga di Bera sertai UK Dinamik



Ishak Muhamad (tiga kiri) menyerahkan cek pembiayaan UK Dinamik kepada salah seorang selepas merasmikan Karnival Usahawan Desa 2012 Peringkat Daerah Bera, kelmarin.


BERA 28 Feb. - Seramai 28 peniaga kecil daerah Bera dipilih menyertai program Usahawan Kecil Dinamik (UK Dinamik) yang bakal dibimbing oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) bagi meningkatkan keupayaan mereka agar menjadi usahawan berjaya.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Ishak Muhamad berkata, program tersebut merupakan salah satu usaha kerajaan untuk meningkatkan pendapatan peniaga kecil.
"Pada peringkat permulaan, sebanyak RM568,000 diperuntukkan kepada 80 usahawan di bawah program UK Dinamik ini di seluruh negeri Pahang.
"Usahawan diberi kemudahan pembiayaan tanpa faedah dengan matlamat meningkatkan pendapatan mereka dalam usaha membina asas bagi pembangunan usahawan bumiputera," kata Ishak semasa berucap merasmikan Karnival Usahawan Desa 2012 Peringkat Daerah Bera di sini semalam.
Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Usahawan) Mara, Rosdi Mohamad; Pengarah Mara negeri, Salemi Yusoff; Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan UMNO Bahagian Bera, Norol Azali Sulaiman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan, Mohd Fadil Osman.
Menurut beliau, selain penyaluran dana itu, Mara yang diberi tanggungjawab melaksanakan model program pembangunan usahawan bumiputera diyakini mampu melahirkan peniaga kecil yang berwibawa.

Senarai Organisasi Kerajaan, Persatuan Dan Badan Perniagaan/Usahawan


Berikut adalah senarai organisasi yang mempunyai peranan masing-masing dalam memenuhi keperluan para usahawan dan perniagaan.

  1. SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia). Perkhidmatan pendaftaran perniagaan dan syarikat. - www.ssm.com.my
  2. LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri). Mengurus hal ehwal cukai perniagaan. - www.hasil.gov.my
  3. PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial) - www.perkeso.gov.my
  4. KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) - www.kwsp.gov.my
  5. PPZ (Pusat Pungutan Zakat) - www.zakat.com.my
  6. DPIM (Biro Usahawan Muda Dewan Perdagangan Islam Malaysia) – FB Page DPIM
  7. DUID (Dewan Usahawan Industri Desa Malaysia) – FB Page DUID
  8. SME Corp. (Small and Medium Enterprise Corporation Malaysia). Dahulunya dikenali sebagai SMIDEC, dan kemudian ditukar kepada SME Corp., iaitu menjadi pusat maklumat setempat untuk perniagaan dan usahawan Malaysia. - www.smecorp.gov.my
  9. DPMM Pusat (Dewan Perniagaan Melayu Malaysia) - www.malaychamber.com
  10. PUIM (Persatuan Usahawan Internet Malaysia). Satu-satunya persatuan yang aktif menganjurkan aktiviti berkaitan perniagaan online, serta saluran hal ehwal bidang perniagaan internet di Malaysia. - www.puim.my
  11. PUNB (Perbadanan Usahawan Nasional Berhad). Menyediakan aktiviti seperti kursus, seminar dan peluang pinjaman kepada usahawan dan perniagaan. - www.punb.com.my
  12. MARA (Majlis Amanah Rakyat) - www.mara.gov.my
  13. SKM (Suruhanjaya Koperasi Malaysia) - www.skm.gov.my
  14. INSKEN (Institut Keusahawanan Negara) – www.insken.gov.my
  15. Portal Rakyat Malaysia - www.malaysia.gov.my (Untuk pendaftaran perniagaan SSM secara Online, perlu melalui portal ini).
  16. TERAJU (Peneraju Bumiputera) – www.teraju.gov.my
  17. MKM (Maktab Koperasi Malaysia) - www.mkm.edu.my
  18. PNS (Perbadanan Nasional Berhad). Untuk bisnes francais. - www.pns.com.my
  19. MyIPO (Intellectual Property Corporation of Malaysia / Perbadanan Harta Intelek Malaysia) - www.myipo.gov.my
  20. KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) - www.kpdnkk.gov.my
  21. MDeC (Multimedia Development Corporation) - www.mdec.my
  22. SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) - www.skmm.gov.my
  23. MIDF (Malaysian Industrial Development Finance Berhad) - www.midf.com.my
  24. MATRADE (Malaysia External Trade Development Corporation / Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia). Untuk perniagaan eksport produk ke luar negara. - www.matrade.gov.my
  25. The RIGHTS. Ini adalah sebuah syarikat awam. Mereka banyak menganjurkan aktiviti dan program keusahawanan. – www.rights.com.my
  26. MPC (Malaysia Productivity Corporation) - www.mpc.gov.my
  27. SME-INFO. Pusat maklumat setempat mengenai perniagaan kecil dan sederhana. - www.smeinfo.com.my
  28. Halal Malaysia – Permohonan sijil halal. - www.halal.gov.my
  29. MOSTI (Ministry of Science, Technology and Innovation) - www.mosti.gov.my
  30. Penyedia nama domain dot my ( .my ) - www.domainregistry.my
  31. SIRIM Malaysia - www.sirim.my
  32. HDC Global (Halal Industry Development Corporation). Memajukan industri halal di Malaysia. - www.hdcglobal.com
Banyak juga organisasi yang memainkan peranan masing-masing. Semoga senarai di atas memberi kemudahan untuk para usahawan membuat pilihan pihak yang terlibat.
*Akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Kemudahan Pusat Latihan

                    

Senarai Kem/Pusat/Resort/Hotel

   

     

Agoda

Label

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dikuasakan oleh Blogger.