20120418

Strategi Flanking: Budak Kecil Dapat Memasuki Pasaran Budak Besar



Apabila sesuatu pasaran itu sudah mempunyai nama-nama besar di dalamnya, maka dikatakan pasaran itu sudah dewasa (matured market).
Sebagai contoh, pasaran kopi segara adalah pasaran dewasa, sebab dalam pasaran itu sudah ada Budak Besar (BB) yang bernama Nascafe dan Indocafe. Dalam pasaran ubat gigi, Budak Besarnya bernama Colgate. Dalam pasaran minuman berkhasiat, Budak Besarnya bernama Milo. Dalam pasaran minuman ringan, Budak Besarnya bernama Coca Cola dan Pesi Cola. Dalam pasaran sabun mandi wangi, Budak Besarnya bernama Lux dan Palmolive. Dalam pasaran burger, nama Budak Besarnya adalah A&W dan MacDonnald's.
Buku-buku teks pemasaran lazimnya menasihati kita supaya jangan memasuki pasaran dewasa sebab nanti kita akan dipukul mati oleh BB yang ada.
Banyak kes dan contoh bagaimana nasihat dalam buku teks itu benar-benar dialami oleh mereka yang cuba memasuki pasaran dewasa. Dalam kes pasaran minuman ringan, jenama Sudi sudah menjadi sejarah. Dalam pasaran sabun mandi wangi, nama Zaitun sudah menjadi sejarah.
Budak-budak besar mempunyai otot-otot besar yang dapat digunakan bagi mencekik Budak Kecil yang berani-berani cuba mengganggu pasaran mereka. Inilah faktor yang menyebabkan langkah mahu memasuki pasaran dewasa adalah langkah yang sangat tinggi risikonya.
Namun profesor-profesor yang menulis buku-buku teks itu tidak sentiasa betul. Dari masa ke masa kita melihat bagaimana otak orang bisnes dapat membuktikan nasihat dalam buku-buku teks itu tidak semestinya sentiasa betul.
Dalam kes pasaran mimuman ringan, Coca Cola dan Pepsi Cola gagal memukul mati budak kecil Yeo's. Kini Yeo's berjaya menjadi BB ke-3 dalam pasaran itu. Dalam pasaran burger, A&W dan MacDonnald's gagal memukul mati Ramly Burger. Dalam pasaran kopi segera, Nescafe dan Indocafe gagal memukul mati Alicafe.
Kejayaan Budak-budak Kecil (BK) itu memasuki pasaran dewasa adalah disebabkan mereka menggunakan strategi flanking. Budak Kecil jangan masuk pasaran dengan menggunakan strategi persaingan kerana otot BK takkan dapat melawan otot-otot BB. (Saat ini kita dapat saksikan bagaimana Colgate sedang menjalankan kerja memukul mati Mukmin.)
Flanking bukan bertujuan membubuh Budak Besar. Justeru Yeo's tidak membunuhCoca Cola dan Pepsi Cola. Ramly Burger tidak membunuh A&W dan MacDonnald's.Alicafe tidak membunuh Nescafe dan Indocafe. 
Budak-budak besar sudah sangat besar. Mereka tidak akan biarkan mana-mana Budak Kecil masuk teritori mereka dan mencuri pelanggan mereka. Flankingmembolehkan kita menggagalkan usaha Budak Besar membunuh kita!
Kita kembali kepada dunia penerbitan buku Melayu. Apabila kita mahu memasuki sektor pasaran buku yang sudah ada Budak Besarnya, gunakan strategi flanking.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Maklumat lanjut:
Matrik Utama Sdn Bhd,
Tel: +603 2116 9621
Fax: +603 2116 5999
SMS/Whatapps: +6011 3939 1800
Email: info@matrikutama.my
Web: http://matrikutama.my

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.