20120418

Tip Survival Bisnes: Peguam Makan Duit


Dalam apa juga bisnes, menjual adalah sangat mudah, apatah lagi jika jualan itu adalah secara kredit kepada pembekal dan ejen-ejen. Yang sangat susah adalah mengutip hutang.
Jumlah hutang lapuk PTS semenjak tahun pertama ia beroperasi sehingga sekarang adalah lebih RM300k. PTS pernah melantik seorang peguam bagi menagih hutang. Apa yang berlaku peguam itu lari dengan 50% duit hutang PTS yang sudah diterimanya dari pemiutang.
Pengurusan PTS sudah mengadukan hal ini kepada Bar Council supaya lesen peguam itu dibatalkan. Peguam itu seorang yang banyak kali menjalankan kursus prosedur mengutip hutang. PTS menghantar pegawainya mengikuti kursusnya.
Peristiwa peguam makan duit pelanggan banyak berlaku dalam kalangan syarikat-syarikat guaman kecil di mana prosedur kewangan syarikat itu membolehkan si peguam dengan mudah mengeluarkan wang pelanggan dari akaun syarikatnya sendiri.
Dalam syarikat guaman yang besar, di mana mereka mempunyai banyak partner, SOP (standard operating procedure) bagi menandatangani cek-cek syarikat adalah sangat ketat. Tujuannya adalah bagi mengelakkan kemungkinan ada mana-mana partner yang makan duit pelanggan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Maklumat lanjut:
Matrik Utama Sdn Bhd,
Tel: +603 2116 9621
Fax: +603 2116 5999
SMS/Whatapps: +6011 3939 1800
Email: info@matrikutama.my
Web: http://matrikutama.my

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.