Featured Article

20140730

Kisah Motivasi Luarbiasa



MELIHAT kepada diri beliau hari ini serta senarai panjang pencapaiannya termasuk dalam bidang perundingan, agak sukar untuk mengaitkan dirinya sebagai budak nakal dan pelajar corot semasa di sekolah.

Pakar perunding motivasi ini juga pemegang tali pinggang hitam Taekwondo (Tali Pinggang Hitam Darjah Ke-lima).

Beliau juga menghasilkan sebuah buku bertajuk "Rahsia 100 Impian", Daripada Corot Menjadi Pakar, pertama kali dijual pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur lepas.

"Guru saya hanya ada dakwat merah untuk saya". Ini cara Noordin memberitahu penulis betapa teruknya beliau semasa alam persekolahan.

"Saya bukan sahaja lemah akademik semasa di sekolah rendah dan menengah tetapi juga tidak cergas dalam bidang sukan.

"Saya juga nakal. Orang kata nakal tak bertempat. Mak tak bagi mandi sungai, saya mandi sungai, mandi laut, mandi tasik. Puas kena rotan. Emak rotan, ayah pun rotan", kata Noordin Khalid, 43, pengasas Smarts Coach, syarikat perunding motivasi, dalam wawancara dengan Bernama di sini baru-baru ini.

Tak ada cita-cita 

Noordin menghabiskan zaman persekolahan rendahnya di Sekolah Rendah Temenggung Abdul Rahman 1 (STAR 1), Johor Bahru. Beliau meneruskan persekolahan menengah dari tingkatan 1 hingga 4 di Sekolah Menengah Datuk Jaafar (SDJ), Johor Bahru.

Persekolahan tingkatan lima disambung di Sekolah Menengah Datuk Onn, Butterworth. Semasa di sekolah rendah, beliau pernah ditanya apa cita-citanya apabila dewasa.

"Masa itu saya berumur 10 tahun. Cikgu tanya semua orang dan bila sampai giliran saya, saya hanya kata saya hendak berjalan-jalan ke seluruh dunia.  

"Kawan-kawan dalam kelas semua ketawakan saya dan saya tak faham mengapa mereka ketawa", kata Noordin.

Dalam kamus hidup sebagai pelajar, beliau hanya mahu berseronok dan banyak menghabiskan masa di luar rumah, bermain dengan kawan-kawan. Semua semak dan belukar habis diredah. Pulang ke rumah apabila lapar.

Noordin mengakui beliau tidak pernah memikirkan masa depan dan banyak berangan menjadi seperti watak fiksyen kegemarannya, antaranya Superman dan Spiderman.

Semasa peperiksaan Penilaian Darjah Lima pada tahun 1981, Noordin hanya memperoleh 1B dan 4C. Keputusan itu tidak meninggalkan apa-apa kesan ke atas dirinya. Untuk peperiksaan tingkatan 3, beliau memperoleh 18 agregat.    

Gagal SPM membuka mata 

Empat tahun persekolahan menengah masih tidak membawa sebarang perubahan kepada Noordin meskipun dia tahu akan berdepan dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di tingkatan lima.

Masuk universiti atau jadi pekerja kilang? Soalan ini mula berlegar di kepala Noordin. Kebimbangan ini bagaimanapun tidak merubah rentak hidupnya.

Beliau tidak buat sebarang persiapan rapi untuk SPM dan sedikit pun tidak berasa tertekan. Noordin hanya mengharapkan sekurang-kurangnya lulus.

Bila keputusan diumumkan, beliau mula berasa amat kecewa. Sudah tergambar nasibnya menjadi pekerja kilang.

"Pertama kali saya mula memikirkan masa depan tetapi semua yang negatif. Saya berfikir apakah selama-lamanya saya akan begitu.   

"Saya takut pulang ke rumah selepas  mengambil keputusan SPM. Perasaan saya berkecamuk. Takut, malu, semua ada", kata Noordin.

Beliau membuat keputusan untuk mengulangi SPM. Dengan rakannya, Rasid Halim kedua-duanya mendaftar di Maktab Adabi Bukit Mertajam. Beliau bertekad kali inimesti cemerlang.
   
Noordin bertekad sudah tiba masanya untuk beliau berubah. Bagaimanapun, beliau mengakui semangat berkobar-kobar untuk menduduki semula peperiksaan SPM hanya seperti peribahasa "Hangat-hangat tahi ayam".

Apa impian? 

Menurut Noordin, beliau kembali kepada perangai asalnya, hanya mahu berseronok dengan zaman remajanya sehinggalah berlaku satu peristiwa kira-kira enam bulan sebelum peperiksaan SPM.

Ia berlaku ketika mereka sekeluarga sedang menikmati minum petang. Noordin masih ingat sajian teh O dan kuih cucur badak yang emaknya sediakan.

Tiba-tiba ayahnya bersuara, "Din (nama panggilan yang digunakan ayahnya) apa impian hang?"

Noordin yang tersentak mendengar soalan ayahnya hanya mengulangi, "Impian?"

Lazimnya selepas minum petang, Noordin akan keluar bermain bola tetapi petang itu beliau hanya berkurung di dalam biliknya.

"Saya tak boleh jawab apa-apa semasa ayah bertanya kepada saya sebab dalam kepala saya memang tak ada cita-cita.

"Lepas ayah tanya, saya terus berfikir. Masa itu saya sudah berpindah dari Johor Bahru ke Butterworth. Kawasan keliling rumah saya kawasan kilang. Apakah saya akan berakhir sebagai pekerja kilang", kata Noordin.

Ayah pencetus motivasi 

Ayah Noordin, Khalid Ismail ialah seorang kapten kapal berasal dari Bagan Lebai Tahir Butterworth. Ibunya, Sjofiah Mohd Ali, anak seorang guru silat dari Jambi, Sumatra. 

Menurut Noordin, sebelum menjadi kapten kapal, ayahnya membanting tulang sebagai nelayan.

Ayahnya jarang bercerita tentang kisah lampaunya tetapi petang itu, beliau berkongsi kisahnya sebagai nelayan dan hidup susahnya dengan Noordin.  

"Bapa kata saya hanya tengok dia masa dia senang. Saya tak tengok dia masa dia susah. Bapa kata tak jauh dari rumahnya ada pantai diberi nama Pantai Bersih Bagan Ajam.

"Di situlah bapa membelat (menangkap ikan). Bapa kata dia juga selalu berdiri di pantai memerhatikan kapal-kapal besar belayar dan dia beritahu diri dia, suatu hari nanti dia akan menjadi kapten kapal", kata Noordin.

Bermula sebagai kelasi pada usia 33 tahun, Ayah Noordin belajar untuk menjadi kapten semasa menjadi kelasi di Singapura. Jika orang lain hanya bersantai selepas bekerja, ayahnya akan menghabiskan masa rehatnya belajar ilmu pelayaran termasuk bahasa Inggeris.

"Semasa bapa bercerita tentang kisah hidupnya, saya rasa terkedu sehingga menitiskan air mata. Adik-adik lain hanya tengok sahaja, mereka belum faham," kata Noordin sambil menambah ayahnya bersara pada usia 67 tahun dan meninggal dunia ketika berusia 73 tahun.

Bermula kecemerlangan 

Bagi pakar motivasi ini, kisah ayahnya sudah cukup untuk membakar semangat untuk meraih kecemerlangan dalam peperiksaan SPMnya. Tekadnya membuahkan hasil.    

Selepas SPM, beliau membuat dua pilihan, iaitu menyertai Akademi Laut Malaysia (Alam), Melaka atau mengikuti pengajian Sains Komputer.

"Tawaran pertama yang saya dapat ialah daripada Alam tetapi ayah tidak mengizinkan. Dia tak mahu saya menjadi kelasi, dia kata banyak pancaroba. Ayah koyakkan borang tawaran.

"Saya kemudiannya mendapat tawaran daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai dalam bidang Sains Komputer. Saya lupakan ALAM dan tumpukan perhatian saya kepada UTM", kata Noordin.

Jika di sekolah dahulu, beliau lemah akademik dan tidak minat bersukan, lain pula perjalanan hidup beliau di UTM.

Karektor Noordin di UTM jauh berbeza berbanding di sekolah. Selepas orientasi, beliau melibatkan diri dengan pelbagai persatuan dan menyertai kelas Taekwando.

"Apa yang membuatkan perbezaan itu? Saya sudah ada impian dan saya sudah ada kekuatan dalaman untuk berjaya.

"Untuk berjaya, kita kena tingkatkan sikap kepimpinan, sebab itu saya bina kepimpinan saya. Masa itu saya sudah menanam cita-cita untuk menjadi pemimpin dan itu antara sebab saya menyertai Taekwando", jelas Noordin.

Beliau tamat pengajian dengan Ijazah dalam Sains Komputer, pengkhususan 'Industrial Computing' pada 1995.

Bermula di Perodua sebagai jurutera sistem, Noordin kemudian menyertai beberapa buah syarikat Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT), antaranya New Technology & Innovation.    

Beliau kemudiannya meraih pengiktirafan sebagai perunding dan jurulatih bertaraf pakar dalam bidang ICT apabila berkhidmat dengan Quint Wellington Redwood, syarikat perunding yang berpangkalan di Amsterdam.  

"Untuk menjadi jurulatih, saya perlu belajar dan mengambil ujian sebelum diberi perakuan. Dalam masa enam tahun saya memperoleh 21 perakuan. 

"Saya bekerja dengan firma ini selama enam tahun sebelum membuat keputusan untuk mengendalikan firma perundingan saya sendiri," kata Noordin yang berhenti daripada Quint pada bulan Mac 2014.

Smarts Coach 

Berbekalkan 19 tahun pengalaman dalam bidang ICT dan perundingan, ayah kepada lima orang putera ini sudah bersedia untuk menguruskan perniagaan perundingannya sendiri, Smarts Coach.

"Saya hanya seorang hamba Allah yang ingin berkongsi setitis ilmu semoga memberi manfaat buat insan lain dan ingin melihat titisan itu menjadi ribuan titisan pula," ini kata Noordin falsafah hidupnya, apabila ditanya mengapa beliau sanggup meninggalkan jawatan kanan dan pendapatan tinggi untuk menguruskan syarikat perundingannya.

"Idea ini sudah ada sejak 2002 cuma akhir-akhir ini mula laju sikit. Smarts Coach bermula dengan saya melatih anak-anak jiran yang berminat dalam bidang Taekwondo.

"Inipun isteri saya yang usahakan. Dia kumpul anak-anak jiran dan beritahu saya mereka mahu belajar Taekwondo. Saya buka kelas di belakang rumah sahaja.    

Dari dua pelajar jadi 30. Masa itu saya gunakan nama Sentoasa Martial Arts School. Jika diringkaskan, jadi Smarts", kata Noordin.

Noordin mempunyai banyak perancangan untuk Smarts Coach. Antara programnya ialah sempena Hari Kemerdekaan ke-57 negara.

Smarts Coach merancang menganjurkan 'Kem Merdeka' khusus untuk golongan remaja dan pelajar institusi pengajian tinggi.  

Beliau meletakkan sasaran 120 peserta dan antara yang akan ditekankan ialah pengertian jati diri.

"Untuk berjaya kita mesti ada nilai diri dan kita mesti kenal nilai diri kita. Amat sukar untuk pertahankan jati diri jika kita tak tahu nilai diri", jelasnya.

Noordin juga bercita-cita besar untuk Smarts Coach ke luar negara terutamanya negara-negara yang beliau pernah tinggal atas urusan kerja iaitu Jepun, Korea Selatan, Sudan dan Pakistan.

Untuk diri sendiri, Noordin ingin melanjutkan pengajian dalam bidang 'Holistic Psychology' peringkat kedoktoran. Bagi Noordin, pencapaiannya setakat ini cuma satu kecemerlangan  dan berikutnya beliau mahu menjejak langkah luar biasa. - Bernama

Matrik Utama Sdn Bhd, Suite 33-1, Tingkat 33, Menara Keck Seng, 203, Jalan Bukit Bintang, 55100 KUALA LUMPUR Tel: +603 2116 9621 Fax: +603 2116 5999 SMS/Whatapps: +6011 3939 1800 Email: info@matrikutama.my Web: http://matrikutama.my

20140717

Sealand Negara Terkecil Di Dunia

History image
Sealan negara terkecil di  dunia. Sebuah negara di perairan England dinamakan Sealand. Keluasan hanya sebesar rumah. Walaupun begitu Sealand juga mempunyai lagu negara, bendera dan mata wangnya sendiri.

Struktur bangunan di dirikan di atas cerucuk di laut barat kepulauan England pada tahun 1966. Tujuan asal bangunan ini dibina adalah untuk kubu peperangan.

Pulau ini katakan dimiliki oleh Roy Bates, bekas tentera England yang berpangkat Major.

Berapa jumlah penduduknya? Dizaman kegemilangannya negara ini mempunyai seramai 27 orang dan angka terkeni menyebut jumlah penduduknya ialaha seramai 4 orang.

Pendapatan utama penduduk di sini ialah dengan menjual cenderamata.


Matrik Utama Sdn Bhd, Suite 33-1, Tingkat 33, Menara Keck Seng, 203, Jalan Bukit Bintang, 55100 KUALA LUMPUR Tel: +603 2116 9621 Fax: +603 2116 5999 SMS/Whatapps: +6011 3939 1800 Email: info@matrikutama.my Web: http://matrikutama.my

20140707

Menjadi kaya dengan bersedekah

Ada beberapa rahsia untuk menjadi kaya tanpa kita duga. Banyakkan bersedekah. Berikut ini beberapa dalil yang menyatakan dengan bersedekah, seseorang itu boleh menjadi kaya atau dimurahkan rezekinya.

Sedekah Menjadi Sebab Allah Membuka Pintu Rezeki

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.”H.R. ad-Daruquthni dari Anas r.a.
Sedekah digandakan 700 kali ganda.
Fadhilat bagi orang yang bersedekah amat besar seperti mana terdapat keterangan di dalam al-Quran dan hadis. Jika kita amat amati ayat al-Quran berikut, kita akan dapat mengira bahawa sekurang-kurangnya setiap harta yang dikeluarkan ke jalan Allah akan dibalas dengan kiraan melebihi 700 kali ganda. Selain itu, mereka dijandikan dengan kehidupan yang mudah:
Allah Ta’ala berfirman: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” . (Al Baqarah (2) : 261)
Allah Lipat-gandakan Ganjaran orang yang Bersedekah.
“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)
Rezeki dimurahkan Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t.: “Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, pasti akan ditunjuki kepada mereka jalan keluar. Dan diberi rezeki kepada mereka daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupi baginya”. (At-Talaq:2-3)
Di dunia, mereka yang bersedekah akan dimurahkan rezeki oleh Allah dalam kehidupannya. Faedah ini dijelaskan oleh Jabir Abdullah katanya: “Rasulullah berucap kepada kami, sabdanya: Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk (dengan yang lain), dan jalinkanlah hubungan di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya (berzikir) dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda.”(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Keberkatan Dalam Rezeki.
Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya  keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.
Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman ‘Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?’ Nabi Ayub mejawab ‘Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu’. Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.
Kaya Jiwa
Kekayaan bukanlah sesuatu yang harus diidam-idamkan oleh seseorang Islam kerana kekayaan boleh membawa kerosakan kepada seseorang sekiranya tidak menurut jalan yang betul. Islam lebih melihat kekayaan dari segi kekayaan jiwa. Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Kekayaan itu bukanlah kerana mempunyai banyak harta tetapi kekayaan yang sebenarnya adalah kekayaan jiwa. (Sahih Muslim.)
Dari aspek harta-benda, kekayaan jika disalurkan ke jalan yang betul akan memberi seseoang pahala yang banyak, terutamanya jika digunakan untuk bersedekah.
Berzikir dan Banyak Bersedekah dalam Sembunyi dan Terang
Hadis berikut ini pula menyeru kita agar rajin bersedekah kerana Allah akan memberi kita rezeki dan kesenangan melalui bersedekah. “Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah, sebelum kamu mati. Bersegeralah melakukan amalan amalan salih sebelum kamu kesibukan dan hubungilah antara kamu dengan Tuhan kamu dengan membanyakkan sebutan (zikir) kamu kepadaNya dan banyak bersedekah dalam bersembunyi dan terang-terangan, nanti kamu akan diberi rezeki, ditolong dan diberi kesenangan.” H.R Ibnu Majah.

Matrik Utama Sdn Bhd, Suite 33-1, Tingkat 33, Menara Keck Seng, 203, Jalan Bukit Bintang, 55100 KUALA LUMPUR Tel: +603 2116 9621 Fax: +603 2116 5999 SMS/Whatapps: +6011 3939 1800 Email: info@matrikutama.my Web: http://matrikutama.my

20140706

Kemiskinan mendekatkan diri kepada kekufuran

Foto

Sebuah kisah yang mengejutkan ramai pihak. Disebabkan kemiskinan berlaku tragedi yang menyayat hati.
Seorang abang yang tidak tahan melihat sembilan adik hanya berbuka bubur nasi dan air kosong, dibelasah dengan kayu sampai mati oleh bapanya selepas menyatakan hasrat mahu keluar bekerja bagi mencari rezeki.
Dalam kejadian menyayat hati di Kampung Jawa, di sini, Muhamad Hafiz Abd Ghani, 17, ditemui mati oleh ibunya pagi tadi selepas dia dikatakan tidak sedarkan diri selepas dibelasah bapanya yang berusia 52 tahun, petang semalam.
Tragedi itu dikatakan berpunca daripada Muhamad Hafiz yang tidak sampai hati melihat sembilan adiknya hanya menjamah bubur nasi dan air kosong setiap kali waktu berbuka menyebabkan dia menyatakan hasrat untuk keluar mencari pekerjaan sementara.
Menurut ibu mangsa Siti Habibah Ismail, 38, pertelingkahan antara anak dan suaminya bermula kira-kira jam 5 petang semalam hingga waktu berbuka sebelum mangsa rebah di ruang tamu dan dibawa masuk ke bilik.

Katanya, dia terpaksa memapah anaknya ke dalam bilik sebelum meminta bantuan jiran berdekatan untuk memanggil ambulans namun dihalang suami yang mendakwa Muhamad Hafiz hanya penat dan tidak cedera.

"Sepanjang anak terbaring dalam bilik, saya beberapa kali menjenguknya kerana risau sebelum mengejutkannya untuk bersahur namun tiada tindak balas dan menyangkakan anak dia masih lagi tertidur.

"Bagaimanapun kira-kira jam 8.30 pagi tadi, suami keluar rumah dalam keadaan tergesa-gesa tanpa membawa dokumen penting dan telefon bimbit menyebabkan saya curiga dan memeriksa keadaan anak sebelum menghubungi bantuan kecemasan.

“Pasukan paramedik yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan anak saya sudah meniggal dunia," katanya.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah Deputi Superintendan Abd Rahman Jid berkata, mangsa dipercayai mengalami kecederaan dalaman akibat dipukul dengan objek keras menyebabkan mangsa rebah di ruang tamu sebelum anggota paramedik mengesahkan mangsa meninggal dunia.
Sumber: hmetro

Matrik Utama Sdn Bhd, Suite 33-1, Tingkat 33, Menara Keck Seng, 203, Jalan Bukit Bintang, 55100 KUALA LUMPUR Tel: +603 2116 9621 Fax: +603 2116 5999 SMS/Whatapps: +6011 3939 1800 Email: info@matrikutama.my Web: http://matrikutama.my

20140627

Gaji Jurulatih Bolasepak Dunia 2014 didedah

Berapa gaji jurulatih pasukan negara-negara yang bertanding dalam Piala Dunia didedahkan. Apa yang menarik ialah 3 Jurulatih bergaji lumayan, negara yang dilatih tempah tiket  balik awal.

Apa yang menarik bukan sahaja Jurulatih yang bergaji murah berjaya membimbing pasukan yang mengekalkan dala pertandingan, tapi dilihat bakal menggugat pasukan yang mempunyai jurulatih gaji mahal.  
Di sini disertakan senari pendapatan tahunan Jurulatih sebagaimana dari Forbes.  
(Forbes)(Forbes)
After resigning from the England job in 2012, Fabio Capello took up the Russia post and led it to the top of its 2014 World Cup qualifying group — edging out Portugal. At the start of this year, he was given a fat new contract that won't run out until after Russia hosts the 2018 World Cup. This year alone the five-time Serie A winner (as a manager) and two-time La Liga winner is making $11.2 million, which is nearly double what his England successor, Roy Hodgson, is making ($5.9 million).
(Getty)(Getty)
Though Capello did manage to outdo Hodgson in Brazil — last in the group with two draws and one loss as opposed to last in the group with one loss and two draws — it wasn't quite the return on investment Russia likely expected. Especially in a manageable group that also included Belgium, Algeria and South Korea.
At least the third highest paid manager, Italy's Cesare Prandelli, offered to resign immediately after his side was eliminated. And he even got a win (against England)!
All together, only half of the top 10 best paid managers at this World Cup navigated their teams through to the knockout stage. But pulling up the rear of the list is Mexico's Miguel Herrera, whocelebrated his way into the hearts of fans everywhere while leading a once hopeless El Tri through an undefeated group stage for the bargain price of $209,810.

Herrera's situation is a bit different though. He was appointed as an emergency interim manager last October when Mexico was on the verge of completely missing out on qualification. Once that horror was narrowly avoided, he signed on through the end of the World Cup, so his salary isn't for the full year. It seems likely that the Mexican federation would be willing to give him anything he wants after what he's done so far, but even if he doesn't get a pay increase, he can always subsidize his income with his ska lip syncing. Somehow.

Oder makan dari depan TV anda? Klik di sini SINI



Matrik Utama Sdn Bhd, Suite 33-1, Tingkat 33,
Menara Keck Seng, 203, Jalan Bukit Bintang,
55100 KUALA LUMPUR
Tel: +603 2116 9621
Fax: +603 2116 5999
SMS/Whatapps: +6011 3939 1800
Email: info@matrikutama.my
Web: http://matrikutama.my

20140622

Kedudukan pasukan terkini PIala FIFA 2014

Table

Group A
Group A
TeamPGDPts
Brazil224
Mexico214
Croatia223
Cameroon2-50
Group B
Group B
TeamPGDPts
Netherlands256
Chile246
Australia2-30
Spain2-60
Group C
Group C
TeamPGDPts
Colombia246
Côte d'Ivoire203
Japan2-11
Greece2-31
Group D
Group D
TeamPGDPts
Costa Rica236
Italy203
Uruguay2-13
England2-20
Group E
Group E
TeamPGDPts
France266
Ecuador203
Switzerland2-23
Honduras2-40
Group F
Group F
TeamPGDPts
Argentina226
Nigeria214
Iran2-11
Bosnia-Herzegovina2-20
Group G
Group G
TeamPGDPts
Germany244
USA214
Ghana2-11
Portugal2-41
Group H
Group H
TeamPGDPts
Belgium226
Algeria213
Russia2-11
South Korea2-21

Syarikat pengendali kursus Teambuilding, Sosial Etiket dan Protokol, Komunikasi Koporat

Matrik Utama Sdn Bhd,
Suite 33-1, Tingkat 33,
Menara Keck Seng, 203, Jalan Bukit Bintang,
55100 KUALA LUMPUR
Tel: +603 2116 9621
Fax: +603 2116 5999
SMS/Whatapps: +6011 3939 1800
Email: info@matrikutama.my
Web: http://matrikutama.my

Agoda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dikuasakan oleh Blogger.