Featured Article
20140605
20130126
Genting Highland : Rahsia Kejayaan Lim Goh Tong
Sesiapa saja yang pernah berulang-alik dari Pantai Timur ke Kuala Lumpur pasti melalui satu terowong panjang di laluan Karak Highway. Tempat tu semua orang tahu - Genting Sempah. Kalau kita pandang ke atas, tak nampak apa-apa. Kanan kiri hutan tebal. Tepinya pulak gaung dalam beratus-ratus meter ke bawah. Itu siang. Tapi di waktu malam, walaupun kita berada sejauh Kuala Lumpur sekalipun, kita akan nampak cahaya terang lampu berkelip-kelip dari jauh, dipuncak gunung.
Kita mungkin malas ambil tahu sebab itu tempat paling banyak kumpul dosa. Bukan dosa kecik anak. Bahkan di situ juga tempat letak kasino terbesar di Asia Tenggara. Along suka sangat ada tempat macam ini. Kantung mereka penuh setiap bulan bila ada tahi judi sanggup melutut depan mereka semata-mata ketagih bertaruh untuk jadi orang terkaya Malaysia.
Itulah Genting Highlands kepunyaan Lim Goh Tong. Orang terkaya di Malaysia dan antara individu yang terkaya di dunia suatu ketika dulu. Genting Highlands syurga dunia buat kaki judi dan kaki betina. Itu kita tolak tepi dulu. Yang saya nak kongsi macam mana Lim Goh Tong boleh terfikir buat perkara yang dianggap mustahil dan dijangka gagal oleh kebanyakan orang. Jangan tiru idea Lim Goh Tong ni. Nahas dapat dosa. Tapi kita sekadar hendak tahu peristiwa-peristiwa menarik yang belum diketahui ramai disebalik pembinaan Genting Highlands.
Cerita bagaimana pahit maung Lim Goh Tong membangunkan Genting Hinglands saya ada baca dalam buku autobiografi beliau, My Story.
Kita ikuti cerita Lim Goh Tong berikut.
1. Ideanya bermula ketika umur bersara - hampir 50-an.
Usia 50-an, ramai orang dah mula fikir hendak main-main dengan cucu, hendak jaga ayam kerbau, hendak duduk di masjid, tapi tidak dengan Lim Goh Tong. Dia tidak pernah terfikir untuk bersara. Bahkan dengan kewangan selesa, dia tetap sanggup mengambil risiko kerana baginya, bila-bila saja adalah waktu terbaik untuk memulakan sesuatu teroka niaga, terutamanya yang tidak dianggap menarik oleh orang lain.
2. Orang kata dia gila, bodoh dan digelak kawan-kawan.
- Bila dia kata nak bangunkan kawasan hutan, di puncak Genting Sempah sebagai kawasan peranginan terkenal, ramai kawan dan rakannya tercengang tidak percaya. Ada kata dia gila dan ramai juga yang gelakkan idea dia. Bahkan ada seorang rakannya kata ideanya seperti cerita ajaib dalam Hikayat Seribu Satu Malam.
3. 9 hari 9 malam panjat dan periksa gunung.
Lim Goh Tong bentuk satu pasukan seramai 20 orang untuk meninjau dan memeriksa keadaan gunung. Beliau dan pasukannya terpaksa merentas hutan rimba tebal, mendaki banyak gunung curam, dan menyeberangi banyak anak air dan sungai, sebelum sampai di puncak Gunung Kali.
4. Terpaksa mengadap Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia.
Idea Lim Goh Tong diterima baik Tunku bagaikan bulan jatuh ke riba. Kebetulan kerajaan memang apa perancangan untuk bangunkan Gunung Kali. Tapi atas beberapa kesulitan, rancangan itu terpaksa diketepikan. Supaya rancangan itu tidak dikecam pembangkang, yang pada masa itu pihak kerajaan terlibat konfrontasi dengan Indonesia, maka Tunku merasakan lebih wajar sektor swasta yang terlibat membangunkan gunung tersebut. Akhirnya syarikat Lim Goh Tong yang terpilih.
5. 15 tahun untuk bila jalan masuk berjaya disingkatkan.
Sukarnya membina jalan ke puncak hinggakan hasil pemeriksaan Jabatan Kerja Raya (JKR) mendapati untuk membina jalan masuk saja perlukan masa 15 tahun. Tapi atas penilaian semula dan kesanggupan Lim Goh Tong sendiri, tempoh membina jalan disingkatkan dari 15 tahun kepada 6 tahun, dan akhirnya kerajaan memutuskan perlu jalan masuk tersebut perlu disiapkan dalam tempoh 3 tahun dengan subsidi sebanyak RM9000, 000 jika berjaya menyiapkannya dalam tempoh tersebut. Lim akhirnya berjaya juga menyiapkan jalan masuk dalam tempoh yang dianggap tidak logik itu.
6. Kerja 24 jam 7 hari seminggu.
Kerana tempoh 3 tahun untuk siapkan jalan masuk sangat singkat dan tidak logik, Lim dan pasukannya terpaksa bekerja keras 24 jam 7 hari hari seminggu. Tiada hari rehat, baik hari minggu mahupun hari cuti.
7. Terpaksa tinggal di dalam hutan dan gua.
Untuk menjimatkan masa, Lim Goh Tong dan pasukannya terpaksa tinggal di dalam hutan dan juga di dalam gua. Kadang-kadang semasa menebas hutan dara yang tebal, ada pekerjanya yang terserempak harimau.
8. Dia kuli dialah bos.
Kerana projek ini dia punya, terpaksalah Lim Goh Tong menguruskan segala-galanya. Dia terpaksa bertindak sebagai sebagai pengurus projek, jurutera, pengawal kewangan, buruh serta penyelesai masalah.
9. Hampir maut berkali-kali.
6 kali Lim Goh Tong nyaris hilang nyawa. Satu kali dia hanya cedera ringan ditimpa pokok. tergantung dalam jip yang tergelincir dan tersangkut di cerunan dalam, brek kereta tidak makan dan hampir terhumban ke dalan gaung, hampir tertanam hidup-hidup di bawah runtuhan tanah, kepala ditimpa pokok buluh hingga tergigit lidah dan kepala berdarah-darah, kayu yang melantun dari rempuhan roda mesin penggorek yang tercabut menghentam pinggannya dengan kuat.
10. Pekerja maut jauh dari tingkat 14.
Seorang pekerjanya maut akibat jatuh dari tingkat 14 sebuah bangunan yang sedang dibina.
11. 7 tahun tanpa pendapatan.
Selama 7 tahun, dari 1965 hinggalah dibuka dengan rasmi pada tahun 1971, Lim Goh Tong telah berbelanja habis-habisan tanpa pulangan satu sen pun. Wang belanjanya diambil daripada pendapatan daripada Rancangan Pengairan Kemubu di Kelantan, jualan ladang getah seluas 810 hektar di Segamat, Johor dan pelaburan semua wang dari perlombongan besi, kerja sebagai subkontraktor dan perniagaan perkakasan. Kerana wang yang digunakan terlalu banyak, dia hampir muflis dan kesihatannya hampir terjejas.
12. Tanah runtuh di 180 tampat di jalan masuk Genting.
Akibat hujan ribut yang paling dasyat sejak seabad lalu, Lim Goh Tong terpaksa mengambil masa selama 4 bulan untuk membaiki kawasan yang rosak sebelum dibuka dengan rasmi pada 8 Mei 1971.
Akhirnya, pada 8 Mei 1971, Genting Highlands memulakan perniagaan rasminya setelah melalui pelbagai rintangan, onak dan duri. Lim Goh Tong mampu tersenyum lebar kerana projek mega inilah yang pernah meletakkannya sebagai orang yang terkaya di Malaysia dan antara orang yang terkaya di dunia. Menurut majalah Forbes Asia Lim merupakan orang yang paling kaya di Asia dengan jumlah aset US$42.2bil (RM160.6 bil) pada tahun 2006 hingga beliau meninggal dunia pada 23 Oktober 2007.
Begitulah sedikit sebanyak cerita menarik tentang Lim Goh Tong. Yang baik kita sama-sama kongsi. Yang buruk kita buang jauh-jauh. Seperti mana kata-kata yang diconteng oleh pemilik asal buku yang saya beli ini.
Pembaca sekalian,
" Jadikan informasi di dalam warkah ini sebagai panduan. Segala usaha baiknya jadikan tauladan dan yang mana tidak sesuai dengan agama Islam dan budaya Melayu jadikan ia sebagai sempadan dan juga benteng hidup.
Pastinya, jika dia boleh, maka kita juga boleh untuk berjaya di dunia dan akhirat... insyaallah."
Kursus Teambuilding, Motivasi, Pengurusan Stress, Pembangunan Modal Insan
Matrik Utama Sdn Bhd
Tel: +603 2116 9621
Fax: +603 2116 5999
SMS/Whatapps: +6011 3939 1800
Email: info@matrikutama.my
Web: http://matrikutama.my
20120420
Rahsia Kejayaan KFC,Kedai Hardware Cina dan Kedai Mamak
Kejayaan KFC
Semua orang tahu tentang ketabahan Colonel Sanders bagi membina kejayaan KFC.Apa yang anda tidak tahu bahawa faktor kejayaan KFC bukan terletak pada ayamnya semata mata.Ia juga terletak kepada mentaliti kita.Ia adalah kita mahukan prestige apabila makan di tempat yang mahal sedangkan ayam di pasar malam lebih kurang sama rasanya. Yang menarik kita adalah kerana prestigenya.Sebab itulah restoran KFC dindingnya adalah cermin.Ini sebenarnya untuk menimbulkan secara psikologi pada kita untuk menunjuk kat orang kat luar bahawa “Aku makan ayam KFC”..:P
Antara kejayaan lain ialah konsistensi. Jika anda perasan,semua ayam dan makanan dari KFC mempunyai rasanya sama walaupun dimana anda membelinya. Usahawan kita susah untuk konsisten dalam menghasilkan produk makanan. Sebagai contoh mee rebus..Jika anda makan di Johor ia lain,di Terengganu lain,di Kedah lain , di KL lain..Jadi tiada rasa yang sama yang boleh menjustifikasikan ia sebagai “mee rebus”.Jadi ia sukar untuk dibrandkan..
Kejayaan Kedai Hardware (bahan mentah pembinaan) Cina
Jika saya ke mana mana saya sering melihat bagaimana kedai hardware cina ini beroperasi. Jika anda tanya kebanyakan kontraktor, kedai hardware cina atau melayu yang mereka suka? Pasti jawapannya ialah kedai Hardware Cina. Walaupun kedai hardware cina.mereka bersebelahan,perniagaan mereka masih boleh maju.Anda tidak rasa pelik ke? Rahsia mereka ialah mereka jual kepercayaan & rasa hormat. Mereka benar benar tahu apa yang mereka jual.Mereka tidak loket memberi khidmat nasihat secara percuma jika anda bertanya.Ia menyebabkan anda/kontraktor berasa gembira dan akan datang lagi membeli kerana mereka membantu anda.
Jika seorang kontraktor yang ingin “masuk tender”,anda mintak la quotation dari mereka dan bandingkan dengan quotation anda.Tanya mereka jika perbezaan harga dengan quotation anda,mereka tanpa segan silu akan menurunkan harga barangan mereka mengikut kemahuan anda.Anda pasti akan ke sana lagi jika ia lebih murah.
Ia berlainan dengan pembekal melayu yang hanya ingin menjual.Malah yang menjual tidak tahu langsung tentang yang dijual. Jadi bagaimana anda nak membeli jika penjual tidak tahu tentang apa yang anda hendak.Ini yang tidak ada pada kebanyakan usahawan melayu. Kadang² mereka sendiri tidak tahu tentang apa yang dijual. Orang jual barang hardware,aku pun nak jual barang hardware. Perangai ikut orang itulah yang membinasakan perniagaan mereka.
Selain itu mereka mempunyai networking dan persatuan yang pasti akan membantu jika ahli mereka menghadapi masalah.
Kejayaan Restoran Mamak
Restoran Mamak cukup berjaya di kawasan pantai barat malaysia.Kenapa? Mereka menyediakan tempat “lepak” buat kita.Kita boleh berada berjam jam di restoran mamak tanpa dikacau. Jika di restoran melayu,pasti ada pekerja yang mula lap² tempat kita duduk supaya kita cepat² blah. Tempat mereka juga luas!!!
Salah satu sebab lagi ialah servis mereka cepat. Apa yang kita order akan dihantar secepat mungkin. Ia adalah kerana ia sebenarnya dah pun ready made..Jika mee mamak,mereka just panaskan sahaja dan hidangkan kepada kita. Tak kisah la,pelanggan mereka bukan tahu pun..asalkan panas je..:p
Pekerja mereka tidak akan kacau kita di restoran mereka,Mereka tidak akan lap meja kita duduk selagi kita berada di situ.Lepas kita tinggalkan meja,mereka cepat² lap meja. Ia berlainan dengan restoran melayu yang tidak sabar untuk lap meja kita duduk tu. Ia seolah olah mahu menghalau…
Ha…ada banyak lagi nak dikongsi ni..Kita sambung lain kali..Malam ni kursus bersambung.Petang ni agak relax & saya boleh jalan² di pantai. Saya berkursus di Batu Buruk Beach Resort.Best tempat ini..memang betul² ditepi pantai.Saya buka sahaja pintu saya dah nampak pantai..Nanti masuk kongsikan gambar bersama anda semua..
By Sham
Kursus Teambuliding, Pengurusan Stress, Komunikasi Berkesan, Etiket dan Protokol
By Sham
Kursus Teambuliding, Pengurusan Stress, Komunikasi Berkesan, Etiket dan Protokol
Matrik Utama Sdn Bhd
Tel: +603 2116 9621
Fax: +603 2116 5999
SMS/Whatapps: +6011 3939 1800
Email: info@matrikutama.my
Web: http://matrikutama.my
Langgan:
Ulasan (Atom)
Agoda
Label
- Kajian (1)
- Kemudahan (4)
- Kerjaya (2)
- Kisah Usahawan (25)
- Kursus (16)
- Mining (1)
- Motivasi (21)
- Pembiayaan (1)
- Pusat MLVK (1)
- Strategi Bisnes (5)
Arkib Blog
Dikuasakan oleh Blogger.







