Featured Article

20140618

Cara simpan gambar dan video secara percuma di Dropbox


Bagaimana cara untuk pindahkan gambar dan video dalam telefon anda kerana memori sudah hampir penuh?

Memori telefon penuh menyebabkan aplikasi telefon jadi perlahan. Dropbox menawarkan khidmat simpanan data untuk anda secara percuma. Data yang boleh disimpan di Dropbox termasuk gambar dan video. 

Kini anda tidak lagi perlu membawa pendrive atau simpan dalam email anda. Mudah bukan?

Anda perlu ikuti langkah berikut:

1. Klik link berikut: DROPBOX

2. Isikan maklumat yang diperlukan, email dan password yang akan anda gunakan untuk upload data ke 

3. Install DROPBOX di telefon anda.

4. Anda sudah boleh upload gambar dan video ke DROPBOX 

Selamat mencuba.



Syarikat pengendali Kursus Teambuilding, Sosial Etiket, Komunikasi Korporat 

Matrik Utama Sdn Bhd,
Tel: +603 2116 9621
Fax: +603 2116 5999
SMS/Whatapps: +6011 3939 1800
Email: info@matrikutama.my
Web: http://matrikutama.my

20140614

Fakta bola Brazuka Piala Dunia 2014 Brazil


Brazuka ialah nama bola yang digunakan secara rasmi dalam pertandingan bola sepak Piala Dunia 2014 di Brazil. Bola ini didedahkan pada hari Ahad, 2 September 2014.

Ianya dipilih berdasarkan undian ramai yang dikendalikan oleh ADIDAS. Diberitakan lebih sejuta peminat telah membuat cadangan nama yang sesuai. BARZUKA mendapat 77.8% undi, mendahului BOSSA NOVA yang mendapat tempat ke dua dengan 14.6% undi. Sementara tempat ke tiga ialah CARNAVALESCA dengan 7.6% undi.

Apa maksud Barzuka?

Mengikut FIFA, nama BARZUKA digunakan di Brazil sebagai melambangkan kebanggaan dengan cara hidup rakyat Brazil. Ia merupakan simbol perasaan, kebanggaan dan semangat setiakawan.  BARZUKA juga ialah slang merujuk kepada Rakyat Brazil, rakyat kelas ke tiga dalam masyarakat Brazil. Masyarakat kelas ke tiga ini diangkat menjadi ikon bola sepak dunia. :)

Siapa yang buat BARZUKA?

Bola Barzuka dihasilkan oleh ADIDAS, jenama suka terkemuka dunia. Bukan ADIDAS yang buat, tetapi dihasilkan oleh Kilang Forward Sport, di bandar Sialkot, Pakistan. Kilang ini telah menjadi pembekal bola kepada ADIDAS sejak 1995 dengan pengalaman membekal bola untuk perlawanan terkemuka dunia termasuk Liga Juara-Juara, German Bundesliga.

Pemilik kilang. Gulshan Bibi mempunyai sebab untuk berbangga dengan pencapaian kilangnya.


Berapa harga sebiji bola BARZUKA?
Diberitakan sebiji bola BARZUKA ialah berharga USD160 atau bersamaan RM512. Jauh dari kemampuan beli pekerja di kilang Forward Sport yang rata-rata bergaji RM324 sebulan. 

Technical Aspect Of BARZUKA 
The ball is a developmental successor to the Adidas Tango 12 series of balls, with the same bladder and carcass but a different surface structure. The ball weighs 437 grams and has a circumference of 69 cm.
Adidas' marketing literature claims:
  • The Brazuca ball has six polyurethane panels that are bonded to keep the ball the same weight and roundness in even the thickest of rain.
  • The never-before-seen panel shape revolutionizes the game by producing faster flight speed and maintaining true roundness.
  • The bladder of the Brazuca ball is made of latex and provides the desired rebound.
  • The ball is textured and feels more like the Adidas’ Finale 13, the official UEFA Champions League ball, than the Adidas Jabulani used in South Africa four years ago.
  • The adidas Brazuca ball, in a bold white/night blue/multicolor colorway befitting Brazil, is the most colorful ever for a FIFA World Cup™
The Brazuca ball has been stated to be more aerodynamic than the Jabulani ball.

Sumber: Sinar Harian, Forward Sport, Wikipedia


20140612

Berniaga modal RM200 sahaja


Medan aksesori remaja
WARTAWAN SINAR HARIAN
January 17, 2012
Medan aksesori remaja
Melihat trend remaja moden yang suka berfesyen dan inginkan harga berpatutan dengan pelbagai pilihan, berkualiti dan berbeza daripada yang lain, memberikan ilham kepada Farizal Ismail, 25, untuk membuka perniagaan atas talian menjual barang-barang aksesori wanita seperti jam tangan, beg, dompet dan selendang.

Pada Julai 2010, FarizalFaisal Boutique (FFB) ditubuhkan bersama tunang yang juga rakan kongsi, Mohd Adib Faisal Ismail, fokus menawarkan pelbagai aksesori menarik dengan harga mampu milik kepada golongan remaja yang masih belajar.

Farizal berkata, dia memulakan perniagaan dengan menjual barangan aksesori menerusi laman sosial peribadi miliknya sebelum membangunkan laman sosial Fanpage FFB.

“Kini FFB mempunyai laman sesawang iaitu www.farizafaisalboutique.blogspot.com bagi memudahkan pelanggan mengikuti perkembangan semasa FFB,” katanya sebagai perkongsian pengalaman berniaga bagi mengisi ruangan niaga atas talian kelolaan wartawan Connie S Monical minggu ini.

Menurutnya, FFB kini mempunyai hampir 5,000 peminat di laman sosial Facebook (FB) dan 100 daripadanya adalah pelanggan tetap FFB.

Bermula dengan modal RM200

Farizal berkata, ketika mula-mula berniaga, dia memperuntukkan RM200 hasil daripada wang simpanan sendiri sebagai modal permulaan dan ketika itu, FFB hanya menawarkan aksesori jam jangan wanita.

“Selepas mendapat sambutan luar biasa daripada pelanggan dengan jumlah stok yang agak terhad, FFB akhirnya menambah jumlah stok dengan memperkenalkan aksesori ke dalam perniagaan.

“Ketika itu, jumlah stok hanya sekitar 10 sehingga 12 barangan sebulan dan selepas mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan setiap bulan, kini FFB sudah mampu meningkatkan jumlah stok sekitar 100 sehingga 100 bara­ngan sebulan,” katanya.

Tawar pakej pembungkusan hadiah

“Selepas beroperasi hampir dua tahun secara sepenuh masa, FFB mendapati produk yang paling digemari pelanggan adalah jam tangan.

“Produk lain seperti dompet, seledang berjenama terkemuka dan beg ke kuliah atau bersantai juga mendapat permintaan tinggi selepas penambahan produk yang kami berikan,” katanya yang kini mengusahakan perniagaan online sepenuh masa.

Menurutnya, bekalan produk FFB kebanyakan diperoleh dari negara luar khususnya China dan Korea menerusi pembekal dalam negara bagi memudahkan pengurusan stok dan penelitian kualiti terbaik untuk dijual.

“Sehingga kini, FFB menerima tempahan sekitar 10 sehingga 20 barangan sebulan dengan keuntungan melebihi RM3,000 sebulan. Namun, jualan FFB meningkat lebih tinggi ketika musim perayaan seperti hari raya.

“Berikutan sambutan menggalakkan daripada pelanggan, FFB menyasarkan peningkatan jualan sehingga 25 peratus pada tahun ini berbanding RM36,000 tahun lalu,” katanya.

Bagi mempelbagaikan segmen perniagaan, FFB juga menawarkan pakej belian, pembungkusan dan penghantaran hadiah sempena sambutan majlis dan keraian berserta pilihan pembungkusan yang boleh disesuaikan mengikut tema, riben dan kad ucapan.

Kos penghantaran murah

Bagi menarik lebih ramai pelanggan menjadi pelanggan tetap, FFB menawarkan pelbagai promosi khas sempena perayaan, jualan murah, pertandingan dengan tawaran hadiah lumayan dan caj penghantaran lebih murah berbanding harga asal yang ditetapkan agensi penghantaran.

Farizal berkata, kos penghantaran untuk satu hingga dua barangan hanya RM5 tanpa mengira berat dan percuma untuk penghantaran melebihi lima barangan.

“Harga itu adalah selaras bagi kawasan di Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak, yang akan di pos setiap Ahad, Selasa dan Khamis,” katanya.
Menurutnya, walaupun FFB hanya memberi tum­puan kepada pasaran dalam negara, namun masih menerima tempahan dan permintaan daripada peminat aksesori negara jiran terdekat seperti Singapura, Indonesia dan Brunei.

Jaminan dua minggu

Menurut Farizal, kebanyakan pelanggan FFB lebih suka membeli barang melebihi daripada satu kerana FFB menawarkan diskaun RM6 sehingga RM12 sepanjang masa bagi pembelian dua barangan ke atas.

“Harga barangan di FFB pula dijual dengan harga berpatutan bergantung kepada kualiti barangan daripada serendah RM20 sehingga RM75 bagi satu barangan.

“Bagi memastikan pelanggan berpuas hati, kami memberi jaminan terhadap barangan selama dua minggu daripada tempoh barangan diterima. Sekiranya barang yang sampai didapati rosak, FFB akan menggantikan barang atau wang dikembalikan,” katanya yang menggunakan slogan All under one roof bagi perniagaannya.

Bakal tambah koleksi

Menurutnya, FFB dalam perancangan menambah koleksi kepada gaya fesyen remaja terkini iaitu pakaian Muslimah.

“Rancangan itu masih dalam peringkat perbincangan, FFB bakal menawarkan produk seperti skirt Muslimah, blaus dan seluar sejajar dengan permintaan pasaran dan pelanggan pertengahan 2012.

Farizal berkata, FFB akan terus melakukan pelbagai promosi bagi memperkenalkan nama FFB kepada orang ramai, antaranya dengan mengadakan lebih banyak pertandingan yang boleh disertai ramai, membuat pengiklanan dari blog ke blog serta membuka sistem dropship.

“Sebagai perancangan jangka panjang, FFB merancang memiliki butik dalam tempoh lima tahun akan datang, sekali gus berharap dapat mengembangkan perniagaan dengan membuka cawangan di negara jiran dalam tempoh 10 tahun menggunakan jenama sendiri,” katanya.

Nota: Setengah dari kita meletakkan modal sebagai penghalang untuk meneruskan perniagaan. Apakah betul tindakan kita?
Top 10 SHOPEE SELLER. Jom tengok siapa dan berapa anggaran pendapatan mereka.
https://shope.ee/2VCPLvM7tJ

Agoda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dikuasakan oleh Blogger.